Waktu Operasi

Tujuh (7) Cara untuk Mengekalkan Kestabilan Emosi

Bagaimankah caranya kita dapat kekalkan emosi supaya kita selalu berada dalam “mood” positif?

Terdapat banyak cara untuk mengekalkan kestabilan emosi kita.

Tujuh (7) cara untuk mengekalkan kestabilan emosi:

Lepaskan. Let it go!

Kita perlu lepaskan memori, fikiran, perasaan, atau apa sahaja situasi negatif seperti kebimbangan, ketakutan atau kesedihan yang kita telah lalui sama ada semalam, kelmarin atau sebelum ini. Kita mesti lepaskan.

Bagaimanakah caranya kita boleh lepaskan? Jika boleh kita maafkan, maafkanlah. Jika kita boleh cari kebaikan, carilah kebaikan atau hikmah di sebalik apa yang berlaku. Jika kita boleh luahkan, maka luahkanlah. Luahan boleh dibuat melalui banyak cara seperti menulis jurnal, melukis atau mewarna. Yang paling penting ialah, kita mesti lepaskan semua fikiran dan perasaan negatif yang ada dalam diri kita.

Abaikan. Ignore!

Abaikan perkara atau situasi yang tidak sihat. Abaikan perkara negatif, tingkah laku atau tutur kata negatif yang ada di sekeliling. Elakkan daripada mendengar banyak rungutan dan keluhan negatif. Abaikan juga kata-kata yang tidak baik, seperti kritikan yang keterlaluan. Kita tahu apa yang kita inginkan. Cari dan bina hubungan yang dengan individu yang positif dan sentiasa mahu bergerak ke arah yang lebih baik.

Beri masa. Take time!

Usah terburu-buru. Bukan semua perkara dalam hidup perlu disegerakan. Ada ketika, kita perlu beri masa. InsyaAllah, everything will be OK! Kita bermuhasabah dan menikmati kehidupan. Kita tidak perlu tergesa-gesa untuk mencapai atau fikir tentang segala-galanya.

Elak perbandingan. Do not compare!

Elakkan membuat perbandingan. Sebenarnya, dalam hidup kita, pesaing utama ialah diri kita sendiri. Kita bersaing untuk menjadi lebih baik berbanding semalam. Kita bersaing untuk memastikan bahawa esok kita menjadi lebih baik daripada hari ini. Kita bergerak atas garis masa (time frame) yang berbeza. Setiap individu mempunyai matlamat dan cita-cita yang berbeza. Kita juga ada nilai dan pegangan hidup yang berbeza. Seseorang individu mungkin berpegang kepada nilai masa. Manakala, seseorang individu lain pula berpegang kepada nilai pekerjaan atau nilai kekeluargaan. Masing-masing ada nilai hidup yang dipegang. Maka, jangan bandingkan nilai hidup kita dengan orang lain.

Bertenang. Stay calm!

Dalam apa juga situasi, kita mesti sentiasa bertenang. Kesilapan atau tekanan kadangkala memang tidak dapat dielakkan. Jadi, cara kita untuk menghadapi situasi tersebut ialah dengan kekal bertenang. Stay calm. Kita dapat mengumpul semula kekuatan dalaman dengan bertenang. InsyaAllah, kita akan dapat juga meningkatkan keyakinan diri.

Bagaimanakah caranya kita sentiasa bertenang? Ada beberapa cara untuk kita bertenang. Antaranya, kita boleh gunakan teknik pernafasan atau teknik-teknik lain yang akan dikongsikan pada masa akan datang.

Bertanggungjawab. Be responsible!

Kita mesti bertanggungjawab. Elakkan daripada menyalahkan orang lain. Elakkan daripada memberi tumpuan kepada perkara yang tidak dapat dikawal. Kita adalah diri kita sendiri. Kita yang tentukan dan memilih untuk berasa marah, takut, geram atau sedih.

Senyum. Smile!

Kekal senyum. Dengan senyuman, InsyaAllah akan membuka hati dan jiwa kita. Senyuman juga menggambarkan sifat belas kasihan bukan sahaja kepada orang yang memandang, bahkan kepada diri kita sendiri. Apabila kita senyum, dunia akan senyum semula. Kita senyum kerana kita percaya bahawa semuanya dalam keadaan OK, walaupan pada ketika itu kita berada dalam keadaan tertekan. Sebenarnya, senyuman adalah suatu terapi dan yang paling penting ia adalah percuma! InsyaAllah, dengan senyuman akan dapat mengurangkan tekanan dalam diri dan fikiran kita. Kita jadikan senyuman kita mengubah dunia, bukan dunia yang mengubah senyuman kita.

Kestabilan emosi adalah amat penting bagi setiap individu. Kekalkan emosi yang sihat untuk kehidupan yang yang lebih baik dengan mengamalkan tujuh (7) cara ini.

0baef9bd522653784afbf0229977d2b40d40f49ece8fec8f4f9242650694000b?s=189&d=mm&r=g

Husaini Suhaimi

Kaunselor & Perunding Terapi Cara Kerja (Theraplay Malaysia)

Comments are closed

WhatsApp