Isnin – Jumaat: 8:00 Pagi – 5:00 Petang
Sabtu & Ahad: Mengikut Temu Janji
Theraplay Malaysia Academy (AS0471205-X) adalah sebuah syarikat bumiputera melayu dengan milikan tunggal dan telah berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 yang mula beroperasi pada tahun 2023.
Theraplay Malaysia Academy memfokuskan perkhidmatan terapi cara kerja, terapi pertuturan, psikologi klinikal dan kaunseling.
Mendukung kehidupan yang lebih bermakna melalui penyediaan perkhidmatan pendidikan dan rawatan rehabilitasi yang berkualiti dan menyeluruh (jasmani, rohani, intelek, emosi).
Matlamat kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan terapi dan bimbingan yang holistik dalam persekitaran yang selamat agar kanak-kanak dapat bermain, meneroka dan belajar sehingga mereka mencapai tahap perkembangan dan potensi diri yang optimum.
Modul aktiviti pembelajaran yang menarik dan komprehensif sesuai mengikut umur dan perkembangan serta kebolehan pelajar
Aktiviti pembelajaran dijalankan dalam persekitaran yang selamat dan selesa dengan pengawasan oleh Guru Pembimbing.
Perkhidmatan yang holistik (jasmani, rohani, intelek, emosi) melalui budaya kerja yang berasaskan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni.
Program & kelas eksklusif yang dijalankan mengikut kesesuian masa, tahap penguasaan & peringkat umur dengan kadar yuran yang berpatutan.
Theraplay Malaysia Academy menawarkan program pendidikan integrasi untuk pelajar yang mengalami Sensory Processing Difficulty, Autistic Spectrum Disorder (ASD), ADHD, Attention Deficit, Speech Delay, Slow Learner, Disruptive Behavior dan Global Developmental Delay.
Perkhidmatan Klinikal Psikologi termasuklah pengesahan diagnosis bagi kanak-kanak yang mempunyai isu-isu perkembangan seperti Autism Spectrum DIsorder (ASD), Attention Hyperactive Deficit Disorder (ADHD), Attention Deficit Disorder (ADD) dan Learning Disability (LD). Perkhidmatan ini menawarkan diagnosis masalah psikologi bagi kanak-kanak, remaja dan dewasa, penilaian tahap perkembangan dan ujian tahap kepintaran (IQ Test) serta rawatan psikoterapi untuk masalah psikologi seperti kebimbangan, kemurungan & stress serta pemulihan trauma dan kesedihan.
Perkhidmatan Kaunseling membantu dan menolong dalam penyelesaian masalah serta membantu dalam mengatasi masalah gangguan emosi bagi mencapai kepuasan diri selaras dengan nilai moral, agama dan norma masyarakat.
Selain itu kaunseling juga membantu dalam meningkatkan pembangunan individu, potensi diri dan kematangan sosial serta membantu untuk mengenali diri demi menghasilkan imej diri yang positif